Monday, 10 October 2016

SAMBUNGAN

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Sheau (2006) hubungan kejiranan yang mesra memghasilak tahap kepercayaan sesama mereka yang lebih tinggi daripada kejiranan yang kurang mesra. Ini jelas menunjukkan hubungan kejiranan adalah penting dalam membentuk perpaduan. Hubungan kejiranan yang baik ini boleh dizahirkan menerusi sumbangan penduduk melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama seperti gotong-royong dan sebagainya. Selain itu, menurut Jasmine (2008) interaksi di antara komuniti dan persekitarannya adalah kompleks dan boleh diteliti melalui konsep kebolehdiaman.

Image result for JIRAN TETANGGA
JIRAN BERGOTONG ROYONG 

No comments:

Post a Comment