Monday, 10 October 2016

PENGENALAN SEMANGAT KEJIRANAN

PENGENALAN



Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga dibelakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat.
Kajian yang dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan bersatu-padu sentiasa dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu membantu antara jiran. Bagi penduduk “urban village” hubungan kejiranan ini dilihat sebagai penentu kepada kesejahteraan penduduk di kawasan tempat tinggal mereka
Image result for  kejiranan berbilang kaum

No comments:

Post a Comment